PETALING JAYA – Tular di media sosial apabila sekumpulan pekerja penyelenggaran jalan didakwa menggunakan cat dinding rumah untuk mengecat garisan di sebatang jalan raya.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Lando Zawawi – Brotherhood Malaysia, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Seri Iskandar, Perak, semalam.
Malah, turut dikongsinya adalah sekeping gambar yang memaparkan dua orang pekerja sedang mengecat garisan jalan bersama tong cat jenama terkenal yang kebiasaanya digunakan untuk mengecat bangunan atau rumah.
“Salaam Ukhwah, ‘roadmarking’ 5 lapisan Seri Iskandar, Perak. Dah lame ke pakai cat spesifikasi dinding rumah?
“Patutla ramai komplen cat hilang. Siapa bagi arahan tu habaq mai. Kejadian pagi semalam (13/8/24). Lokasi, persimpangan lampu trafik Jalan Teknologi 1 dan Laluan JKR Federal 5,” tulisnya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna memgecam tindakan kontraktor penyelenggaraan yang melalukan kerja tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
“Mmg patut kena maki pun. Apa kejadah pakai cat dinding kat ‘roadmarking’ jalan raya. Buat kerja ‘level’ ala pemalas nak mampus,”luah Hafiz Iskandar Wazir.
Kredit: Kosmo
0 Comments