Drama Melayu lakonan Mira Filzah dan Adi Putra, asbab atlet Terengganu Fu Ceen Put Thai peluk Islam

Drama Melayu lakonan Mira Filzah dan Adi Putra, asbab atlet Terengganu Fu Ceen Put Thai peluk Islam



Acara sukan Sukma Sarawak tahun ini bukan sahaja memperlihat anak muda menonjolkan bakat, bahkan menyentuh hati netizen.


Seorang atlet Terengganu menggemparkan warganet apabila mengumumkan memeluk Islam selepas menang acara tae kwon do.




Memetik Harian Metro, Fu Ceen Put Thai terbuka hati untuk memeluk Islam sejak Disember tahun lalu lagi.


Menurut atlet berusia 21 tahun itu,dia tertarik dengan kehidupan yang ditampilkan pelakon utamanya Adi Putra dan Mira Filzah. Jadi dia mengambil keputusan untuk mendalami agama Islam.


Tambahnya lagi, dia merahsiakan memeluk Islam daripada pengetahuan ahli keluarga. Ini kerana dia mahu menunggu masa bersesuaian, pada masa sama enggan ibunya bersedih atas keputusan yang dibuatnya.




“Bila ibu mengetahui saya memeluk Islam, sudah pastinya terkejut dan tidak mahu bercakap. Namun, saya bawanya pergi berjalan dan memujuknya secara perlahan-lahan boleh terima.


“Saya memang merancang untuk melakukan sujud syukur jika memenangi emas dan itu mungkin masa bersesuaian memberitahu ibu.




“Ibu pada peringkat awal tidak boleh terima kerana mungkin terkilan bahawa dia mengetahui lambat berbanding individu lain,” katanya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.


Terdahulu, Fu Ceen berjaya menewaskan peserta Perlis, Muhammad Rafieqqie Danish Md Roshidi dengan 13-2 walaupun ini kali pertama beliau beraksi di Sukma.


Kredit: Harian Metro



Post a Comment

0 Comments