Jiggy beri pesan ‘sweet’ buat Nur Dhabitah di Paris

Jiggy beri pesan ‘sweet’ buat Nur Dhabitah di Paris

 




Kuala Lumpur: Pelakon, pengacara dan pelawak kumpulan Masin, Jiggy, 35, gembira dan bersyukur dengan kejayaan isterinya, Nur Dhabitah Sabri, 25, yang mara ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Paris 2024.


Sebagai penyokong utama Nur Dhabitah yang juga penerjun negara, Jiggy atau nama sebenarnya, Mohammad Aizat Ahmad Nazri turut membuat beberapa hantaran berkaitan kejayaan diraih isterinya itu di Instagram Stories (IG's).


"Alhamdulillah, baby (panggilan Nur Dhabitah) layak ke semi final (separuh akhir). Jangan lupa semua, teruskan memberi sokongan kepada mereka (atlet negara).


"Percayalah, jika rezeki itu sudah dituliskan oleh Allah untuk kita, tiada siapa yang boleh menidakkannya. Cuma, kuatkan hati untuk berusaha," katanya berkongsi ucapan semangat.


Jiggy dan Nur Dhabitah yang berbeza usia 10 tahun bernikah pada 28 April 2023 dan difahamkan cinta antara mereka berputik di kolam renang ketika menjayakan satu program TV.




Menurut Jiggy dalam temuramah media sebelum ini, dia akan sentiasa memberi sokongan padu kepada isterinya untuk berusaha meraih kejayaan besar diimpikan Nur Dhabitah dalam karier sukan disertai.


"Saya dan isteri sudah berbincang mengenai kerjayanya dan akan terus memberikan sokongan buat Nur Dhabitah sehingga ke tahap prestasi Olimpik yang ingin dicapai. Dia masih muda dan perjalanan kariernya juga masih jauh.


"Kami sama-sama sudah saling berbincang dan menerima di antara satu sama lain seadanya dalam kerjaya diceburi masing-masing, termasuk peluang mengejar impian yang mahu dicapai," katanya.


Terdahulu media melaporkan Nur Dhabitah berjaya melangkah ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal selepas menduduki tangga ke-12 kelayakan.


Dia (Nur Dhabitah) mengumpul 283.65 mata selepas lima terjunan sekali gus melengkapkan peluangnya menjadi 18 penerjun ke separuh akhir yang dijadualkan berlangsung petang ini.


Pada penyertaan di Olimpik Tokyo lalu, Nur Dhabitah berjaya menamatkan saingan di tempat keempat dengan 326.15 mata, dipisahkan 17.6 mata berbanding pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.


Kredit: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments