Ini 4 sebab Man United akhirnya sanggup bayar 243 Juta untuk dapatkan De Ligt






Fabrizio Romano melaporkan bahawa Manchester United akhirnya setuju membayar permintaan harga €50 (242,560,300.00) juta oleh Bayern Munich untuk De Ligt.


Sebelum ini Man United enggan membayar jumlah sebanyak itu dan menawarkan sekitar €30 juta. Tetapi kenapa United akhirnya akur dengan bayaran tersebut?


1. Situasi pertahanan


Man United kehilangan Leny Yoro untuk tempoh yang lama. Sebelum ini De Ligt memang dalam sasaran United walaupun sudah mendapatkan Yoro. Tetapi peranan De Ligt lebih kepada menggantikan Varane yang keluar.


Ketika itu, United memikirkan jika De Ligt terlalu mahal, mereka tidak terdesak untuk mendapatkan pemain tersebut kerana sudah ada Yoro sebagai pemain utama dan United boleh beralih ke sasaran lebih murah.


Tetapi kecederaan Yoro yang membuatkan pemain itu berehat 3 bulan membuatkan United memerlukan De Ligt lebih daripada sebelum ini.


Dia pemain berkualiti dan dia boleh mengisi tempat Yoro buat masa ini.


Dan jika Yoro kembali sekalipun, De Ligt masih boleh bersaing peranan bek tengah itu dengan pemain pemain yang sedia ada.


De Ligt juga akan membantu kelab menguruskan pemulihan Yoro dengan lebih baik dan teliti serta tak perlu tergesa gesa. Pernah berlaku sebelum ini pemain kembali cedera kerana terpaksa diturunkan ketika baru sahaja pulih.


2. Peranan tengah defensif




Selain daripada peranan sebagai bek tengah, De Ligt juga boleh dijadikan opsyen untuk bermain di tengah defensif atau DM.


Ini juga kawasan yang sagat mustahak buat Manchester United.


Mereka ketika ini bergantung kepada Casemiro. De Ligt boleh bermain peranan tersebut. United ketika ini masih cuba mendapatkan pemain tengah defensif yang berkualiti.


Dengan kekangan masa yang mereka hadapi, kehadiran De Ligt boleh menjadi sandaran terlebih dahulu untuk posisi tersebut.


3. Pemahaman sistem

De Ligt menjadi antara tunjang sistem Erik Ten Hag ketika di Ajax. Dia boleh membantu untuk menjadi pemain yang penting di latihan dalam pembentukan sistem.


Erik Ten Hag sebelum ini menyatakan bahawa United sebenarnya tidak terikat kepada sistem permainan yang sama seperti dia buat di Ajax kerana ada banyak kekangan.


Antaranya, pemain pemain yang dia miliki, ramai yang memerlukan masa untuk memahami sistem tersebut dan ada yang memang tak sesuai dengan sistem.


De Ligt boleh memainkan peranannya dalam hal ini.


4. Kekuatan squad depth

Kehadiran De Ligt sudah tentunya akan menebalkan lagi kualiti skuad Manchester United. Ini ditambah dengan fakta bahawa pemain itu masih muda dan masih menjadi pemain penting untuk Belanda.


De Ligt cuma berdepan dengan isu kecergasan musim sebelum ini. Dan jika dia berjaya kekal cergas untuk satu musim, De Ligt adalah pemain yang memiliki kekuatan untuk merampas slot pemain utama dalam kesebelasan Red Devils.


Kredit: Vocket

Post a Comment

0 Comments