KUALA LUMPUR: Digari dan ditahan reman dua hari oleh pihak polis meninggalkan menjadi kenangan tak mampu dilupakan buat pelawak Mamat Sepah dan isterinya, Nordiana Ibrahim.
Sebelum ini, Mamat dan Nordiana ditahan bagi membantu siasatan dakwaan penyebaran makluman dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram, baru-baru ini.
Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad berkata, detik itu dianggap simbolik perkahwinannya akan berkekalan hingga akhir hayat.
"Jika bercerita kenangan manis, kalau dulu mungkin ketika Sepah menjuarai program realiti, Maharaja Lawak musim ketiga.
"Kenangan manis sekarang tidak boleh dilupakan bila digari bersama isteri pergi ke mahkamah dan buat ujian air kencing.
"Kalau saya dan isteri panjang umur, dialah satu-satunya insan yang pernah digari bersama. Secara simboliknya, kami akan hidup lama bersama," katanya
Mengulas lanjut, Mamat yang mula dikenali menerusi Kumpulan Sepah bersama Jep dan Shuib berkata, isterinya yang juga seorang anggota polis masih terkesan dengan insiden itu.
Katanya, Nordiana seolah-olah masih belum mampu menerima takdir yang menimpa, biarpun sudah sebulan berlalu.
"Aib isteri saya macam mana? Sebagai artis, saya sudah biasa diaibkan, jadi tak kisah. Isteri mengalami masalah anxiety (keresahan) yang teruk dan menyebabkannya selalu bergenang air mata," katanya.
Bagaimanapun, pelawak berusia 38 tahun itu enggan mengulas lebih terperinci berhubung kes berkenaan kerana ia masih dalam siasatan pihak berkuasa.
"Saya hanya orang yang disyaki, tapi belum dituduh. Secara kebetulan, ada kes pembunuhan disebarkan.
"Zaman sekarang apa sahaja mudah viral. Jadi, saya tidak mahu ulas sebab tidak mahu mendahului siasatan," katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak dan isterinya direman dua hari bagi membantu siasatan penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam di Telegram.
Mamat kemudian mengesahkan dia dan isteri adalah individu terbabit.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Kredit: Berita Harian
0 Comments