Erra (ibu arwah Anisa) dan suami (bapa tiri arwah Anisa) didakwa di mahkamah semalam |
Part1
Budak perempuan meninggal kerana didera oleh mak kandung dan bapa tiri. Kronologi kes dera dengan niat membunuh anak sendiri (arwah adik Anisa).
Selepas dapat tahu kes Anisa meninggal, aku menangis terbayang muka dia yang comel, bulat muka dia, tubuh berisi.
Pada tengah malam kelmarin, aku whatsapp io siapa yang akan menguruskan pengebumian arwah Anisa, io kata mungkin keluarga Anisa iaitu belah bapa kandung dia (sedang mencari info bapa Anisa yang berada di Kelantan). Aku diam berfikir panjang dan berdoa semoga bapa kandung Anisa dapat dihubungi.
Alhamdulillah bapa sebenar arwah dah sampai ke sini semalam. Pergu terus ke ipd dan terus berjumpa dengan io, pada hari ini (20 Ogos 2024) bapanya ke hospital untuk tuntut jenazah anak perempuannya, anak yang dia tak pernah bela atau jaga dari baby lagi, bayangkan perasaan seorang bapa yang tak pernah dapat jumpa anak sendiri dari baby hingga anak ini menghembuskan nafas terakhir. Bukan dia tak pernah untuk berjumpa anak dia tapi tidak dibenarkan oleh bekas isteri. Akhirnya Anisa tumpas di tangan mak kandung sendiri.
Dari sinilah bermula cerita siapa aku dan arwah Anisa.
Part 2
Mama..mama..Anisa dah meninggal..anak aku yang berumur 7 tahun bagitahu aku, aku blur kejap, Anisa mana ni? tanya aku, Alaa yang dulu duduk bawah rumah kita tu anak Makcik Erra yang jual aiskrim tu, Siapa bagitahu ni? tanya aku lagi Nenek la, nenek dapat tahu dari acik bawah rumah (sebelum ni anak aku dah share berita dalam group whatsapp family, tapi aku ignore dulu sebab kalut kat kenduri kawen).
Allah dalam hati aku, aku diam,sambil scroll berita berkenaan mereka berdua ditangkap polis, sedang duduk dengan mak dan abah mertua aku terus masing-masing bercerita, tak percaya dengan keadaan Anisa. Waktu terima berita ni kami berada di area puncak alam.
Sampai di rumah, aku jadi tak sedap hati, airmata masih mengalir bila terkenang nasib Anisa budak perempuan yang selalu bermain dengan anak lelaki aku. Mereka beza setahun je umur.
Berbincang dengan suami dan anak aku yang besar perlu ke kita tampil ke hadapan? aku sangat serba salah, sebab kami flashback apa yang pernah kami lalui ketika keluarga Anisa masih duduk di sini (bawah rumah kami).
Berulang kali aku baca artikel berkenaan Anisa, perlu ke pergi balai?
Aku beranikan diri, whatsapp io (ada di part 1), io bertanya tahu ke kes Anisa kena dera, dah lama ke Anisa kena dera, aku hanya diam dahulu, aku matikan kata-kata dengan maaf tuan saya hanya nak tahu status pengebumian Anisa, (berhentikan sekejap dari whatsapp dengan io).
Allah letakkan perasaan yang tak sedap pada aku hingga aku jadi serba salah, aku kuatkan diri dan tampil ke hadapan, bercerita tentang kehidupan keluarga Anisa selama mereka menjadi jiran aku. Harap dapat membantu polis dengan sedikit umpama sekelumit kuman je keterangan aku. (3 jam berada di ipd).
Pada luaran mereka memang nampak normal, hanya yang tak normal anak mereka yang kecil tu suka menangis. Ini yang aku nampak pada awal mereka pindah ke sini. Pada awal mereka pindah sini, aku sering nampak Anisa buang sampah pada waktu tengah malam, kadang-kadang waktu subuh, tapi setelah tegur Erra, Anisa dah tak buang sampah lagi waktu-waktu yang menakutkan itu. Rutin kehidupan Erra, dia akan memasak setiap pagi, tengahari, petang untuk dihantar kepada suaminya yang bekerja tak jauh dari rumah. Anisa masa tu belajar di tahun 1, tapi dia kerap tidak ke sekolah kerana menjaga adik-adik dia yang masih kecil dek kerana Erra sering kena hantar makanan ke suami dia di tempat kerja, dengan karenah anak-anak masih kecil, kuat menangis.
Disebabkan itu juga anak aku kerap bermain di rumah mereka, hanya anak aku saja yang boleh bermain dengan Anisa ketika itu, budak lain tidak dibenarkan masuk rumah Anisa.
Keadaan rumah mereka nampak tenang, tiada jeritan kanak-kanak dipukul, atau bunyi hentakan atau bunyi yang pelik, hingga lah aku pernah terserempak dengan Erra yang kadang-kadang borak sorang-sorang, tiga ke empat kali terserempak dia berkelakuan begitu, lama-lama aku hanya berfikir tabiat dia kot, hingga aku abaikan kelakuan dia.
Suatu hari suami aku mengadu pada aku, dia kata saya takut la bertembung dengan Erra..Aku tanya kenapa pulak..dia kenal awak kan..biasa le tu..jiran...Eeeh bukan biase-biase dia tenung saya tau..dia senyum melirik..macam senyuman joker muka dia...aku pun ketawa lah..iyeke awak ni..mungkin tu cara dia tak..aku abaikan lagi...
Next..anak aku bagitahu yang dia nampak Anisa kena ikat...
Part 3
Just a simple story je ye..
Hari-hari macam biasa anak saya masa tu dia masih umur 6 tahun, balik dari tabika memang dia akan bermain kat rumah Anisa, tapi saya akan pastikan anak saya datang pada waktu yang tidak ganggu keluarga Anisa, mereka bermain bersama kadang-kadang mak Anisa join main sekali main makeup-makeup...macam badut, adakala bapa tiri dia juga join main bersama.
Satu hari anak saya mengadu pada saya bahwa telah nampak Anisa kena ikat di dalam rumah dia (takleh explain lebih-lebih, kena comm guide tiktok) saya macam tak percaya sebab takkanlah mak dia nak wat macam tu kan, even i knew her macam something tapi saya wat taktau. tak ambil port, masih bersikap baik sangka, kenapa saya ignore sebab tiada tangisan atau bunyi hentakan, jeritan dari rumah Anisa, melainkan adik Anisa yang kecil tu, memang selalu menangis, what you expect? sebab mereka "NAMPAK" normal. si suami dan isteri ni takde wat hal. takde gaduh, waktu ni tubuh Anisa masih lagi nampak sihat, takde lebam-lebam di tangan atau muka, anak pon cakap takde apa-apa pon kat Anisa masa selalu main di rumah Anisa...
Part4
Setelah kejadian anak aku nampak kena ikat, kami masih ok lagi sesama jiran, masih lagi bertegur macam biasa hingga dia kata akan berpindah sebab dapat rumah sewa lain harga yang lebih murah. Pada hari mereka pindah kami terserempak dan itulah kali terakhir kami bersua muka.
Bila dapat berita Anisa meninggal kena dera..di sinilah bermulanya segala kejadian yang kami flashback. Banyak rupanya clue awal dari Anisa tapi kami tak perasan and tak faham.
Akhir kisah..setelah aku tampil ke ipd (di part 1) aku berbisik pada sarjan, tuan boleh ke saya nak tengok wajah Anisa untuk terakhir kali..bila last puan tengok Anisa? tanya Sarjan, sebelum dia pindah tahun lepas..dia comel..pipi bulat..mata bulat..cute sangat..sekarang dia tak begitu puan, saya tak boleh bagi gambar..saya hanya boleh bagi gambaran last penemuan arwah saja, kalau puan tengok puan trauma nanti..menitis airmata aku bila sarjan cerita..
Part 5 ( Justice for Anisa)
Betul puan tak boleh tengok gambar arwah..minta maaf sangat..aku masih lagi duduk depan Sarjan, aku minta Sarjan cerita pada aku keadaan penemuan mayat Anisa, sangat sadis..diaberada dalam keadaan tanpa sehelai bendang di badan..berada dalam tong hitam yang masih ada air, persediaan untuk dibuang ke ladang sawit, daaaaang!! rasa nak meletup telinga aku masa tu, macam sampah korang buat Anisa ye..lahanat!, menjerit aku dalam hati, Allahuakbar..Anisa....kekejaman yang dilakukan oleh mak kandung dan bapa tirinya..kesan toreh, lebam, bengkak di seluruh badan Anisa dah dibuang jauh. Tapi Allah maha adil, Allah nak kita tampil bantu keadilan untuk Anisa.
Cukuplah sampai sini perkongsian saya untuk semua yang prihatin dengan kes arwah Anisa.
Kes masih dalam siasatan, harap sekiranya anda pernah melihat keadaan Anisa, silalh tampil beri kerjasama pada pihak berkuasa.
Sumber: Tiktok @lisa_si_puteritasik
Berita semalam
@hmetromy Bapa tiri dan ibu kandung didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan membunuh anak perempuan mereka berusia lapan tahun. #BeritaTikTok
♬ original sound - Harian Metro
Berita berkaitan: Kanak-kanak 8 tahun maut dipercayai dipukul, ibu dan bapa tiri ditahan
0 Comments