Kanak-kanak perempuan maut, tidak sedar diri ketika pulang dari rumah pengasuh

Kanak-kanak perempuan maut, tidak sedar diri ketika pulang dari rumah pengasuh


Ipoh: Pengasuh direman enam hari susulan kematian kanak-kanak berusia dua tahun ketika di bawah jagaannya di sebuah rumah di Taman Cempaka di sini.


Perintah reman terhadap wanita berusia 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan.


Reman yang bermula hari ini sehingga 13 Ogos bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabitan.


Wanita itu ditahan polis semalam selepas bapa kanak-kanak berkenaan membuat laporan.


Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima laporan pada 7.20 malam, Isnin selepas mendapati anak perempuannya tidak sedarkan diri di rumah pengasuh.


Azizi berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.


Bedah siasat dijalankan 10.45 pagi semalam yang mengesahkan punca kematian adalah kecederaan kepala akibat trauma tumpul.



Kredit: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments