Sanggup fitnah ibu ayah sendiri yang sudah arwah demi content "murahan"



Media sosial sepatutnya bukan alasan untuk masyarakat kehilangan adab. Status yag dimuat naik di media sosial dan kata-kata diruang komen sedikit sebanyak menggambarkan akhlak dan tingkahlaku seseorang. 

Generasi muda hari ini khusunya, dianggap seperti 'kehausan' adab, sehinggakan sanggup melontarkan kata-kata yang sangat biadap apatah lagi dengan ibu ayah yang telah meninggal dunia. 

Dalam satu hantaran status di media sosial, seorang lelaki bertanya ayahnya tidak pulang ke rumah sudah berbulan-bulan kerana 'lepak' kat bawah tanah (kubur).

"Salam ada sesiapa tau tak ayah saya lepak dengan siapa, dah berbulan dia lepak bawah tanah tak balik balik ni hmm" 



Status tersebut telah mendapat perhatian warganet, namun apa yang mengejutkan mereka sendiri menfitnah orangtua yang melahirkan dan membesarkan mereka dengan kata-kata biadab.

"mungkin lepak dengan mak saya kut, mak saya juga dah lama tak balik"

Kemudian di balas 

"aa mesti dah jadi scandal dah kat sana ni" 



Komen tersebut telah membangkitkan kemarahan warganet dan mengambarkan betapa teruknya adab generasi hari ini hanya disebabkan 'content" media sosial. 

Kredit:TIKTOK


Post a Comment

0 Comments