Kenali pelari pecut Olimpik Perancis Sounkamba Sylla yang sentiasa didiskrminasi kerana memakai hijab

Kenali pelari pecut Olimpik Perancis Sounkamba Sylla yang sentiasa didiskrminasi kerana memakai hijab


Sounkamba Sylla, seorang pelari pecut 400 meter Perancis berusia 26 tahun, menyatakan bahawa dia dilarang daripada menghadiri majlis pembukaan Olimpik kerana hijabnya.


Sylla, yang menyertai kuartet 4×400 meter Perancis, menulis di akaun Instagram


“Anda terpilih untuk Olimpik, yang dianjurkan di negara anda, tetapi anda tidak boleh menyertai majlis pembukaan kerana anda memakai hijab”

"Ia mungkin kadangkala tidak dapat difahami di negara lain di dunia, tetapi ia adalah sebahagian daripada DNA kami di Perancis," katanya.


Perancis mengenakan larangan hijab ke atas atlet Perancis atas nama sekularisme, tetapi dunia mengenalinya sebagai tindakan Islamofobia.


Negara ini yang mempunyai minoriti Islam terbesar di Eropah, menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi prinsip sekularisme yang mana pekerja dan pelajar sekolah dilarang memakai simbol dan pakaian agama di institusi awam.


“Rakyat kami mengharapkan kami mengikuti prinsip sekularisme ini, tetapi kami juga perlu inventif mengenai penyelesaian untuk membuat setiap orang berasa selesa,” kata Menteri Sukan Amelia Oudea-Castera semalam sambil menambah Sylla “memahami prinsip kami, peraturan kami.”




Ini bukan kali pertama pelari pecut Perancis, Sounkamba Sylla, terpaksa menyembunyikan hijabnya.



Semasa Kejohanan Eropah di Rom, Itali awal tahun ini, Sylla diminta bertanding dengan topi biru yang mempunyai jalur dijahit untuk menutup rambutnya.

Selepas ini tak perlulah kita jejak kaki ke negara yang mengamalkan diskriminasi seperti ini.

Kredit: Public Health Malaysia

Post a Comment

0 Comments