Pemilik kereta tidak peduli dengan arahan Marshall tak bertauliah halang laluan untuk konvoi motor besar


Konvoi motosikal berkuasa tinggi sering kali menjadi perhatian ramai, bukan sahaja kerana kehebatan dan kelajuan motosikal mereka, tetapi juga kerana tindakan mereka yang kadang-kala menghalang kenderaan lain di jalan raya.


Tindakan ini biasanya dilakukan untuk memberi laluan kepada peserta konvoi, namun ia menimbulkan ketidakpuasan hati pengguna jalan raya lain.


Perbuatan ini dianggap tidak wajar kerana peserta konvoi tidak mempunyai kuasa atau autoriti untuk mengawal lalu lintas.

 

Sikap sebegini bukan sahaja mengganggu kelancaran perjalanan orang lain, tetapi juga boleh membahayakan keselamatan di jalan raya.


Tular di media sosial semalam video dar kamera papan pemuka (Dashcam) orang awam yang menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi memakai vest hijau, cuba memberhentikan kenderaan pengadu yang membuat Pusingan U.


Bagaimanapun ‘arahannya’ itu tidak diendahkan dan pengadu meneruskan saja perjalanannya kerana lelaki itu tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.


Tindakan pengadu mengundang ‘tepukan gemuruh’ daripada netizen yang bersetuju dengan tindakannya tidak mengendahkan ‘marshall’ konvoi yang tidak bertauliah itu.


Lantik diri sendiri jadi marshall?



Kenapa rembat dua lorong?



Kredit: TheReporter


Post a Comment

0 Comments