Longkang di Kampung Kerinchi runtuh, berlubang besar

Longkang di Kampung Kerinchi runtuh, berlubang besar

 



Sebuah lubang terjadi selepas insiden longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.


Kejadian itu berlaku pada hari semalam.


Menerusi kemas kini Facebok Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pihaknya segera mengambil tindakan sejurus mendapat tahu insiden berkenaan.


“Kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, water barrier dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian pada 26 Ogos 2024 jam 10 malam,” kata DBKL.


Daripada beberapa gambar dikongsikan, bahagian longkang yang runtuh itu masih terkawal dan tidak merebak sehingga ke jalan raya laluan penduduk kawasan setempat.


Kredit: Vocket

Post a Comment

0 Comments