PETALING JAYA – Tidak mahu balas WhatsApp saya ke mama (Abby Abadi).”
Demikian komen mengejutkan pempengaruh Marissa Dania Hakim kepada ibunya, Abby Abadi dalam Instagram.
Komen tersebut dibuat selepas Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, memuat naik hantaran kata-kata tentang seorang ibu yang bahagia.
"Tidak perlu berusaha menjadi mama yang sempurna tetapi berusahalah menjadi mama yang bahagia.
Kerana kita harus waras untuk menguruskan rumah tangga, anak-anak dan hal yang lainnya.
Kalau rasa sedih, menangislah sepuasnya. Kalau rasa penat, ambil masa berehat kerana kita juga manusia,” katanya.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama atau isu yang diperkatakan, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa simpati terhadap Abby susulan berita Marissa kehilangan anak sulung yang dilahirkan pra matang.
Hantaran tersebut dipercayai dimuat naik kerana Abby tidak dimaklumkan tentang berita Marissa bersalin pra matang sehingga ramai membuat andaian hubungan mereka kembali bermasalah.
Semalam, menantu kepada Abby iaitu Ahmad Aslam mengesahkan bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.
Bahkan dalam kenyataan itu, lelaki terbabit berkata hanya orang tertentu sahaja tahu mengenai perkara berkenaan termasuk bapa mentuanya, Norman Hakim.
Kredit: Kosmo
0 Comments