Mayat lelaki tidak sempurna ditemui di landasan kereta api


JOHOR BAHRU – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sempurna tertiarap dipercayai akibat dirempuh kereta api berdekatan Jalan Suka Ria, Kampung Melayu Majidee di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui di landasan kereta api.


Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan jasad itu daripada orang awam pada 7.53 pagi.


“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa yang dianggarkan berusia antara 30 hingga 40 tahun itu dan dipercayai dirempuh kereta api. Mangsa berkulit sawo matang, rambut pendek dan mempunyai tatu berbentuk naga di bahagian belakang badan.


“Ketika kejadian, mangsa berpakaian lengkap dengan memakai seluar trek warna kelabu dan baju -T tidak berkolar warna putih,” katanya menerusi kenyataan akbhar di sini hari ini.


Menurut Raub, siasatan lanjut di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang kesan atau tanda berlaku pergelutan atau unsur-unsur jenayah atas jasad mangsa.


“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya. 


Kredit: KOSMO! ONLINE

Post a Comment

0 Comments