HULU SELANGOR: Pengunjung kawasan rekreasi Perigi Tujuh, Serendah, di sini, gempar dengan penemuan mayat seorang wanita, di sini hari ini.
Mayat itu ditemukan terapung dalam keadaan terlungkup, kira-kira jam 10.50 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim siasatan awal mendapati mangsa berusia 48 tahun.
“Pemeriksaan mendapati tiada kesan kecederaan luaran, pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh wanita itu.
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat pada jam 2.45 petang bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Sehubungan itu, Ahmad Faizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Hazwan Ismail di talian 03-60651022 atau 013-2908206 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut.
0 Comments