Mengenang Latiff Borgiba pelakon antagonis yang dihormati


Latif Borgiba atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K Gomu Kakah merupakan salah seorang dari pelakon filem melayu klasik. Sering berlakon dalam drama-drama dan filem-filem Melayu tahun 1960 an sehingga 1980 an. 

 

Latiff dilahirkan pada 14 Disember 1937 di Bangkok, Thailand sebelum berhijrah bersama keluarganya ke Kuala Lumpur pada tahun 1945. Dia memulakan bidang lakonan di Kuala Lumpur setahun selepas mendirikan rumahtangga. 


Beliau memiliki darah campuran Siam, Arab dan India ini bukan sahaja memulakan karier sebagai pelakon pada usia yang muda iaitu 18 tahun tetapi turut berkahwin sewaktu baru berusia 17 tahun di mana ketika itu isterinya, Rokiah Abdul Rahman pula berumur 12 tahun.


Isteri pertama Latiff meninggal dunia pada tahun 2009 dan beliau kemudiannya tinggal bersama isteri keduanya iaitu Fatimah Leman. Semasa hayat, beliau aktif berlakon drama, telemovie dan filem. Raut wajahnya yang serius dan ditambah pula dengan janggutnya yang putih dan panjang mencecah paras dada menyebabkan dia tampak garang dan sering melakonkan watak-watak jahat.




Lakonan mantapnya kini dirindui, pernah melakonkan watak seorang guru silat, seorang bapa dan juga tidak ketinggalan watak bomoh jahat mahupun musuh hebat berlawan.


Lakonan sebagai guru silat


Antara filem beliau yang boleh ditonton adalah Penyamun Si Bongkok, Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja,  Anakku Suamiku. Antara produksi televisyen yang pernah dibintangi Latiff termasuk drama 13 episod berjudul, "Tekukur Tak Berbunyi Lagi".


Asal usul nama Borgiba 




Nama Borgiba telah digelar oleh pelakon dan pengarah Allahyarham S.Kadarisman penghujung 1960 sewaktu beliau mula aktif berlakon. Borgiba itu sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu seorang kulit hitam dari Afrika yang terkenal warak dan juga tokoh agama terkenal di sana.


Meninggal Dunia



Bagaimanapun, pada penghujung karier seni, Latiff juga banyak melakonkan watak lelaki tua yang lebih alim dan matang. Sebelum kematiannya, Latiff merupakan seorang bapa kepada 16 orang anak, datuk kepada 47 orang cucu dan moyang kepada 15 orang cicit setakat tahun 2012.


Beliau meninggal dunia pada 14 Disember 2017 pada umur 80 tahun kerana sakit tua serta meninggalkan 16 orang anak.


Menurut Ab Uzza, Allahyarham mengalami kekejangan pada awal Rabu. Anak-anaknya datang melawat Allahyarham malam tadi di kediamannya.



"Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat. Ayah sudah lama menghidap sakit tua," katanya.


Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota Setapak.


Admin mengucapkan salam takziah pada keluarga Ayah Latif semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin Al Fatihah



#kisahjalanandotcom



Post a Comment

0 Comments