Pasukan renang China telah memenangi kuartet 4X100m lelaki yang mencipta sejarah setelah menamatkan dominasi dua dekat AS.
Namun kemenangan ini telah dikritik oleh ramai pihak khususnya dari Amerika sendiri. Beberapa perenang terkemuka negara itu Qin Haiyang dan rakan sepasukannya Sun Jiajun telah berdepan dengan pelbagai dakwaan doping, diikuti dengan dakwaan kontroversi AS bahawa Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) telah menutupnya.
Hal ini berbangkit disebabkan kontroversi mereka dan 23 perenang China yang lain di suruh pulang disebabkan ujian doping positif di Sukan Olimpik Tokyo tahun 2020 lalu.
Manakala acara kali ini, perenang China telah diuji dadah dua kali lebih banyak daripada beberapa negara lain sebelum menuju ke Paris untuk memastikan mereka bebas daripada bahan terlarang itu.
Legenda renang Michael Phelps, yang lantang bersuara mengenai isu doping, berkata: "Jika anda diuji positif, anda tidak sepatutnya dibenarkan kembali dan bersaing lagi". katanya kepada Associated Agensi berita akhbar.
Adam Peaty dari Pasukan GB turut menyindir pasukan China, berkata "tiada guna menang jika anda tidak menang secara adil".
Bagi pasukan renang China dan jutaan peminat mereka di tanah air, bagaimanapun, kemenangan bersejarah itu membawa kegembiraan. Qin Haiyang menganggap kritik pihak AS kepada mereka hanyalah untuk meluahkan kesedihan kerana kalah dalam pertandingan itu. Qin berkata,
"Sebarang keraguan hanyalah gurauan. Tekanan hanya menjadikan kami lebih kuat", Katanya.
Hashtag "China menang pingat emas pada kuartet 4x100m" telah dilihat 760 juta kali di Weibo.Satu komen mendapat lebih 8,000 suka di Weibo: "Pingat emas China bersih, kami memenanginya dengan kecekapan kami!"
0 Comments