Misteri mumia 'wanita menjerit' terungkai

Misteri mumia 'wanita menjerit' terungkai

 


Kaherah: Misteri mumia Mesir purba yang digelar Wanita Menjerit mempunyai raut wajah yang sedih mungkin sudah berjaya dirungkai.


Memetik laporan Sky News, analisis baharu oleh sepasukan saintis mempercayai wanita menjerit itu meninggal dunia akibat kesakitan kira-kita 3,000 tahun lalu.


Pakar berkata, dia mungkin mengalami kejadian yang jarang berlaku yang dikenali sebagai spasma mayat pada saat kematian, menyebabkan ototnya menjadi kaku dan mengabadikan penderitaannya.


Keadaan ini menyebabkan otot-otot membeku dalam posisi yang tepat seperti ketika individu itu meninggal dunia.


Walaupun punca kematiannya masih menjadi misteri, kekejangan mayat biasanya dikaitkan dengan kematian ganas di bawah keadaan fizikal dan emosi yang melampau.


Ekspresi wanita menjerit itu juga menimbulkan rasa bingung dalam kalangan pakar selama 90 tahun.


Tetapi analisis baru, menggunakan imbasan CT untuk melakukan 'diseksi maya,' mendedahkan beberapa maklumat baharu dan mencabar kepercayaan yang sebelumnya bahawa ekspresi kesakitannya adalah hasil daripada pengembalian mayat yang buruk.


Profesor Radiologi dari Universiti Cairo, Sahar Saleem, yang mengetuai kajian itu berkata: 'Ekspresi wajah mumia yang menjerit dalam kajian ini boleh dibaca sebagai spasma mayat, yang menunjukkan wanita itu meninggal dunia sambil menjerit akibat kesakitan atau penderitaan.


Profesor Saleem menggambarkannya sebagai 'kapsul masa yang sebenar' yang memelihara detik-detik terakhir dalam hidupnya'.


Untuk rekod, Wanita Menjerit itu ditemui semasa ekspedisi arkeologi 1935 di Deir el-Bahari, berhampiran bandar Luxor, Mesir, di bawah makam seorang arkitek terkenal yang dikenali sebagai Senmut.


Dia ditemui di dalam keranda kayu dengan kaki diluruskan dan tangan dilipat di atas pangkal paha.


Dia memakai rambut palsu hitam yang diperbuat daripada gentian kurma yang dirawat dengan kristal kuarza, magnetit dan albit, dan mempunyai dua cincin emas serta perak di jari ketiga tangan kirinya.


Analisis menunjukkan rambut aslinya dicelup dengan inai dan juniper.


Imbasan menunjukkan dia kehilangan atau patah beberapa gigi dan mengalami artritis ringan pada tulang belakang.


Dia mempunyai ketinggian sekitar 1.5 meter dan meninggal dunia pada usia 48 tahun.


Kredit: Berita Harian


Post a Comment

0 Comments