Netizen terharu tengok Atlet Korea Selatan dan Korea Utara selfie atas podium


Olimpik Paris 2024 tidak hanya menjadi pentas untuk para atlet menunjukkan kebolehan mereka, tetapi juga menjadi saksi kepada momen bersejarah yang menyentuh hati jutaan orang, sama seperti yang terjadi ke atas atlet Korea Selatan dan Utara ini.


Dalam satu gambar yang kini tular di media sosial, atlet Korea Utara dan Korea Selatan menunjukkan semangat kesukanan yang jarang dilihat di antara kedua-dua negara, lapor Unilad.


Kalau ditanya siapa yang akan berpelukan dan senyum untuk bergambar bersama di atas podium, pasti atlet Korea Utara dan Korea Selatan tidak akan terlintas di fikiran ramai.


Namun, itulah yang terjadi di acara ping pong beregu campuran.


Pasukan China memenangi pingat emas, dengan Korea Utara mendapat perak dan Korea Selatan mendapat gangsa.


Di podium, atlet Korea Utara Ri Jong Sik dan Kim Kum Yong, bersama atlet Korea Selatan Shin Yu-bin dan pasukan China yang menang, Wang Chuqin dan Sun Yingsha, tersenyum dan mengambil selfie bersama.





Ini adalah momen yang luar biasa memandangkan awal tahun ini, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un mengisytiharkan Korea Selatan sebagai musuh utama dan tidak lagi akan berusaha untuk berdamai dengan negara itu.


Di Twitter, ramai netizen memberi komen.


Seorang netizen menulis, “Ini mungkin gambar yang paling ikonik dari @Paris2024 Olimpik. Korea Utara & Korea Selatan bersatu, bersama China, untuk selfie bersama selepas final beregu campuran ping pong. Momen persahabatan dan kedamaian yang terpuji!”


Netizen lain menulis tentang sikap mereka terhadap satu sama lain, “Satu isyarat yang hebat dari atlet Korea Utara, sebelum menerima pingat perak, mereka turun dari podium dan pergi menyapa dengan penuh ekspresi atlet Korea Selatan yang mendapat gangsa.”


“Ini adalah Olimpik, ini adalah semangat Olimpik. Saya harap anak muda dapat mencontohinya,” tulis seorang lagi.


Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ketegangan masih tinggi antara kedua-dua negara.


Korea Utara dilaporkan telah menjatuhkan sekurang-kurangnya 260 belon yang membawa sampah ke Korea Selatan.


Kredit: Unilad, Vocket

Post a Comment

0 Comments