Nuraina Humaira disyaki dirogol sebelum dibunuh


Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan Nuraina Humaira Rosli, 10.


Keputusan turut menunjukkan terdapat kecederaan pada leher mangsa akibat tekanan.


Susulan daripada itu, kes telah diklasifikasikan semula sebagai bunuh dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Terdahulu, mayat Nuraina Humaira Rosli yang dilaporkan hilang sejak Jumaat, ditemui meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di Sungai Siput, pada Sabtu.


Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments