Paderi disyaki amang seksual remaja lelaki berusia 13 tahun dalam gereja




SEORANG paderi ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki di dalam bilik tidur sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong sejak Jun lalu.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada mangsa berusia 13 tahun pada pukul 10.09 malam kelmarin.




Beliau berkata, mangsa mendakwa telah diganggu secara seksual fizikal oleh suspek yang bekerja sebagai paderi pada bulan Jun hingga Julai lalu.


“Suspek berusia 27 tahun telah ditahan di sebuah restoran yang terletak di Puchong.


“Suspek telah dibenarkan reman selama empat hari sehingga 17 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Kredit foto : UtusanTV 

Post a Comment

0 Comments