Pembantu peribadi direman polis dakwa mencuri emas dan duit milik Uqasha Senrose

Pembantu peribadi direman polis dakwa mencuri emas dan duit milik Uqasha Senrose




Gombak: Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pelakon wanita memukul pembantu peribadinya sudah dilengkapkan.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihak polis sedang menanti arahan lanjut selepas kertas siasatan berkenaan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.




"Berkenaan kes membabitkan pelakon itu, kertas siasatan sudah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 23 Ogos lalu dan kertas siasatan masih ada di sana.


"Seramai 12 saksi terdiri daripada ahli keluarga, rakan kepada pembantu peribadi dan pelakon wanita serta doktor yang menjalankan rawatan dirakam keterangan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu dilaporkan, pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita membuat laporan polis pada 14 Ogos mendakwa dicederakan oleh selebriti terbabit.


Noor Ariffin dilaporkan berkata, wanita berusia 28 tahun itu mendakwa diserang menggunakan senjata dan diugut dalam kejadian di sekitar Batu Caves.


Susulan itu pembantu peribadi terbabit dilaporkan direman empat hari bermula 15 Ogos berikutan pelakon wanita terbabit membuat laporan polis mendakwa pembantu peribadi terbabit mencuri barang kemas.


Uqasha Senrose bersama sumainya Kamal  Adli



Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare dilapor berkata, selebriti terbabit mendapati rantai emas miliknya hilang dari simpanan pada 26 Jun.


Beliau berkata, pelakon berkenaan bertanya kepada pembantu peribadi berkenaan berhubung kehilangan itu namun dinafikan wanita berusia 28 tahun terbabit.


Bagaimanapun, pelakon itu mendakwa kehilangan dua gelang emas miliknya dan satu rantai emas milik anaknya hilang serta mengesyaki pembantu peribadi terbabit turut mencuri wang tunai RM10,000.


Kredit: Harian Metro



Post a Comment

0 Comments