Pemenang emas Olimpik tidur di taman kerana fasiliti Olimpik yang teruk

Pemenang emas Olimpik tidur di taman kerana fasiliti Olimpik yang teruk




PARIS: Pemenang pingat emas Olimpik 2024, Thomas Ceccon terpaksa tidur di taman kerana tidak tahan dengan keadaan bilik di Perkampungan Sukan di Paris.


Perenang Itali yang memenangi acara 100 meter kuak lentang minggu lalu mendakwa, sukar untuk tidur di bilik yang disediakan penganjur kerana terlalu panas.


"Tiada pendingin hawa di perkampungan sukan, ia panas, dan makanannya tidak sedap. Ia realiti yang tidak semua orang tahu.




"Di rumah, saya selalu tidur di waktu tengahari, di sini amat sukar kerana keadaan panas dan bising," kata Ceccon.


Ceccon - yang sebelum ini tular kerana kekacakannya - sekali lagi menarik perhatian peminat apabila gambarnya tidur di atas rumput tular di media sosial.




Atlet Arab Saudi, Husein Alireza melihat Ceccon tidur di taman dan memuat naik gambar diambilnya di Instagram.


Bekas perenang Olimpik, James Magnussen turut mengkritik Perkampungan Sukan di Paris, yang didakwanya terlalu 'mesra alam' sehingga menyukarkan atlet untuk memecahkan rekod dunia.


Magnussen memenangi emas, perak dan gangsa di Olimpik 2012 dan 2016 sebelum bersara pada tahun 2019.


Menurutnya, perkampungan sukan Olimpik Paris yang mengutamakan mentaliti mesra alam dan pemakanan vegetarian - menjejaskan persembahan atlet di temasya berkenaan.


"Ada beberapa faktor yang menyukarkan keadaan di perkampungan sukan. Katil kadbod membuatkan tidur anda terganggu.


"Tiada pendingin hawa di bilik juga memberikan kesan. Pasukan Australia membawa masuk pendingan hawa mudah alih mereka sendiri.


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments