Pemimpin NGO kumpul dana Palestin terkenal ditahan JAWI, disyaki berkhalwat di Hotel Kuala Lumpur



Seorang pemimpin NGO terkenal di Malaysia, yang giat dalam usaha mengumpul dana untuk rakyat Palestin, telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.



Penahanan ini mengejutkan ramai pihak kerana figura ini dikenali sebagai pejuang hak Palestin. Insiden berlaku apabila beliau dan seorang wanita, yang juga aktivis NGO, ditemui dalam keadaan mencurigakan.


Menurut sumber, lelaki tersebut dilihat memasuki bilik hotel sekitar jam 2 petang. Wanita berkenaan dilaporkan sudah berada di bilik tersebut lebih awal.


Lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak ini ditahan oleh pegawai JAWI pada kira-kira jam 4.45 petang. Dalam usaha untuk melarikan diri, beliau gagal dan akhirnya ditahan.


Beliau mendakwa berada di hotel tersebut untuk menyerahkan barang kepada wanita itu, tetapi alasan tersebut tidak diterima oleh pihak JAWI.


Kredit: Kini TV, Oh media

Post a Comment

0 Comments