Penerjun Olimpik China dan Australia terkejut Michelle Yeoh kalungkan pingat kemenangan

Penerjun Olimpik China dan Australia terkejut Michelle Yeoh kalungkan pingat kemenangan




Pelakon terkenal Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, mencuri perhatian dunia sekali lagi, kali ini bukan di pentas anugerah filem tetapi di pentas Olimpik.


Menurut Malay Mail, Yeoh, yang kini merupakan ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), telah menjadi tumpuan apabila beliau menyampaikan pingat dalam acara terjun pada Sukan Olimpik.


Pelakon berusia 62 tahun ini menyampaikan pingat perak kepada Maddison Keeney, penerjun dari Australia yang mencipta sejarah sebagai penerima pingat pertama Australia dalam acara Papan Anjal 3m Wanita.


Keeney, 28, yang dilahirkan di Auckland, New Zealand, tetapi dibesarkan di Perth, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila bertemu dengan Yeoh di pentas.



Keeney dilaporkan oleh Nine Australia berkata kepada Yeoh, “Saya minat awak, awak memang luar biasa.”


Keterujaan Keeney tidak terhenti di situ apabila Yeoh turut menyampaikan pingat emas kepada Chen Yiwen dan pingat gangsa kepada Chang Yani, kedua-duanya dari China, yang turut berkongsi momen berharga itu bersama bintang antarabangsa yang terkenal dengan bakat lakonan yang luar biasa.


Yeoh, yang aktif di media sosial, kemudian berkongsi di Instagram tentang betapa istimewanya pengalaman tersebut.


“Penyampaian pingat Olimpik pertama saya untuk salah satu sukan kegemaran saya!! Hebat!! Tahniah kepada China dan Australia! Sangat layak,” tulisnya, penuh dengan rasa bangga dan teruja.


VIDEO: 

Kredit: Vocket

Post a Comment

0 Comments