Penyanyi "Abang Beca", M. Rizal meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran yang juga Juara Bintang RTM 1978, M Rizal dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor Bahru, jam 10.50 malam tadi.


Allahyarham M Rizal dikenali menerusi lagu popularnya, Abang Beca ketika zaman kegemilangannya dulu.


M Rizal juga menjadi Juara Bintang RTM sebelum Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah memenangi gelaran itu pada 1979.




Antara lagu popular Allahyarham ialah Hatiku Menangis Kernamu, Usah Kau Rayu Padanya yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Sumber Ilhamku.


Terdahulu, Allahyarham pernah dimasukkan ke wad Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak akibat penyakit gout sebelum ini.


VIDEO Lagu Abang Beca:


Kredit: Berita Harian


Post a Comment

0 Comments