Perenang Amerika tertunduk malu bila mendapat markah 0.0 dalam terjunan papan anjal dalam sukan Olimpik Paris

Perenang Amerika tertunduk malu bila mendapat markah 0.0 dalam terjunan papan anjal dalam sukan Olimpik Paris



PARIS: Penerjun Amerika Syarikat (AS), Alison Gibson diberikan markah 0.0 selepas kakinya terkena papan anjal ketika melakukan rutinnya pada Sukan Olimpik Paris 2024.


Atlet AS itu bertanding pada pusingan kelayakan 3 meter papan anjal wanita, acara yang turut disertai penerjun negara Nur Dhabitah Sabri, di Paris semalam apabila dia mengintai peluang untuk menempah tiket ke separuh akhir.


Dia bagaimanapun berakhir di tangga tercorot daripada 28 peserta dengan jumlah keseluruhan 198.30 mata.


Namun nasib malangnya sudah terbukti dalam terjunan pertama daripada lima terjunan apabila dia gagal meraih sebarang mata selepas kakinya terkena papan anjal.




Gibson, 25, yang lahir di Texas, cuba melakukan kesukaran 2.5 somersaults dalam kedudukan pike.


Bagaimanapun, ketika lantunan awalnya tidak begitu baik, kakinya terkena papan anjal sebelum masuk ke dalam air.


Gibson kemudian menyaksikan hakim Olimpik memberikannya markah 0.0 ketika dia menghilangkan diri daripada tumpuan ramai.


Di sebalik mengalami tamparan itu, Gibson melengkapkan baki empat terjunannya - meraih markah terbaik 68.20. 


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments