Beijing: Perenang China Zhang Yufei yang kembali ke negaranya dengan enam pingat Sukan Olimpik Paris turut membawa bersama cadar Olimpik sebagai cenderamata.
Yufei yang berasal dari Jiangsu merungut sambil ketawa mengenai berat kesemua pingatnya ketika bersiap-siap di bilik penginapan tetapi masih dapat menyumbat pelbagai barang termasuk cadar dalam beg pakaiannya.
Bagaimanapun, sekembalinya ke China, didapati cadar cantik yang tertera logo Olimpik hasil idea pereka profesional sebenarnya datang dari bandar kelahirannya, Jiangsu, China.
Menurut media tempatan Yang Zi Wan Bao, selimut itu dihasilkan syarikat tekstil di Wuxi dan wakil syarikat terbabit Mr Sun mengakui ia adalah produk syarikatnya.
Mr Sun yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang tekstil menjelaskan, syarikatnya sudah bertahun-tahun menjadi pembekal dalam banyak temasya sukan utama antrabangsa.
"Cadar Olimpik Paris untuk kegunaan atlet di perkampungan sukan dihasilkan dengan kawalan kualiti yang ketat temasuk pemilihan fabrik bermutu tinggi dan menjalani pelbagai ujian bagi menepati tahap Olimpik," katanya kepada media harian China itu.
Kredit: Harian Metro
0 Comments