"Sakit hati ya kami tak jadi cerai? Sakit hati ya tengok kami bahagia?" - Fara isteri Shuk

"Sakit hati ya kami tak jadi cerai? Sakit hati ya tengok kami bahagia?" - Fara isteri Shuk

 


KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar, Fara Salleh memberi amaran kepada netizen agar tidak meninggalkan komen tidak masuk akal di Instagram.


Menurut Fara yang kini berada di Tanah Suci, Instagram menyediakan butang 'unfollow' dan 'block' (sekat) bagi mereka yang tidak suka melihat kebahagiaannya.


"Terdapat butang unfollow dan block di Instagram.


"Bagi mereka yang tidak suka kepada saya atau tidak suka melihat saya kembali kepada suami dan memperbaiki hubungan saya, sila jauhkan diri dari Instagram saya.


"Jangan sesekali tinggalkan komen yang tidak masuk akal di sini," tulisnya.


Dalam ruangan komen dalam satu hantarannya di Instagram, Fara membidas pertanyaan seorang netizen mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa dia ingin bercerai sebelum ini.


"Eh, tak jadi cerai suami you ke? Bukan hari itu kata nak cerai ke?" tanya netizen itu.


"Sakit hati ya tengok kami tak jadi cerai? Sakit hati tengok kami bahagia ya? Alhamdulillah, Allah Maha Baik," jawab Fara.


Kredit: Berita Harian



Post a Comment

0 Comments