Sejak kebelakangan ini hangat isu anak pelakon Normah Damanhuri iaitu bernama Lydia Rosli meluahkan rasa cinta kepada Tyzo Xander dihadapan wartawan ketika ditemu bual.
Jelas Lydia, perasaan cinta itu timbul ketika mereka berkawan rapat tahun lalu. Namun, Lydia terpaksa melupakan perasaan tersebut selepas mendapati Tyzo tidak mempunyai perasaan yang sama.
Terbaru, Lydia menerusi laporan Oh!Bulan menjelaskan mereka kini hanya berkawan biasa. Dia juga sudah tidak mengharapkan hubungan yang lebih serius dengan penyampai radio itu.
Apa yang saya
cakap masa temu bual itu sebenarnya perasaan pada tahun lepas. Sekarang ini
kami kawan sahaja. Dulu saya panggil dia sayang, ucap selamat pagi sayang.
Sekarang kami sebagai kawan.
Lydia turut menjawab ciri-ciri istimewa yang ada pada Tyzo membuatkan dirinya jatuh cinta. Salah satunya adalah kerana Tyzo seorang lelaki yang sangat baik serta menjaga batas. Agak sukar untuk melihat lelaki yang menjaga batas dalam dunia hiburan.
Saya
tak pernah jumpa lelaki yang tak boleh pegang-pegang. Tak pernah jumpa lelaki
yang macam dia. Dia kata nak pegang tunggu halal. Pegang tangan ye jangan salah
faham.
Malah, Tyzo juga sering menegurnya dan berpesan supaya tidak melakukan perkara sebegitu.
Usahawan ini mengaku dia melalui fasa patah hati tetapi ketika itu Tyzo memujuk untuk berkawan biasa.
Dia pernah juga merajuk dan enggan membalas panggilan Tyzo kerana terlalu sedih. Secara jujur, Lydia berkata dia tidak pandai berkawan biasa dengan lelaki.
Tetapi kini, Lydia sudah move on dan langsung tidak kekok berkawan biasa dengan Tyzo di atas urusan perniagaan.
Ramai
komen negatif dekat saya. Pada masa yang sama ada yang sokong juga. Saya ingat,
ada yang kata saya tak tengok cermin. Netizen kata Tyzo suka bagi harapan dan
kesian dengan mak cik itu.
Lydia juga menafikan dakwaan kena ‘friendzone’ dan Tyzo hanya mempermainkan hatinya.
Kredit: Oh Bulan, Oh Media
0 Comments