Kenyataan penulis surat layang berkaitan UPNM tidak disenangi netizen

Kenyataan penulis surat layang berkaitan UPNM tidak disenangi netizen


Kesan kes buli arwah Zulfarhan nampaknya masih lagi segar dan sukar  dilupakan oleh orang ramai. Malahan ramai tidak bersetuju dengan  Aiman Aufa berkaitan statusnya di instagram baru-baru ini.


Penulis surat layang kes pembunuhan arwah Zulfarhan iaitu Aiman Aufa telah memuat naik satu foto di media sosial yang menunjukkan kenangan ketika dia menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Menerusi Instagram, antara foto-foto yang dimuat naik Aiman, ada satu foto menunjukkan wajah arwah Zulfarhan yang kelihatan gembira bersama rakan-rakannya.



Kalau korang tengok kapsyen yang ditulis Aiman pula, dia meluahkan rasa penghargaan buat UPNM kerana telah banyak mengajarnya dari segi ilmu pengetahun dan kehidupan.




Dia juga dilihat tidak bersetuju dengan pendapat orang ramai yang mendakwa UPNM telah melahirkan pembunuh hanya disebabkan 6 pelaku yang berbuat demikian terhadap Zulfarhan ketika menuntut di sana.


Kalau betul UPNM lahirkan pembunuh, mana mungkin senior dan junior boleh lepak sama2 makan semeja. Jujur, sehingga kini saya masih berhubung rapat dan bekerja bersama dengan senior2 saya semasa di UPNM dahulu.


 Walau bagaimanapun, netizen masih tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana merasakan pihak UPNM turut bersalah dalam kes pembunuhan Zulfarhan. 





Ada juga yang berkata universiti itu seakan-akan tidak mempedulikan arwah sewaktu dalam kesakitan serta lambat mengambil tindakan hingga menyebabkan kematian pelajar itu.


Walaubagaimanapun sebagai masyarakat, tidak boleh memandang serong dengan semua penuntut UPNM. Masih ramai lagi penuntut memiliki sahsiah yang baik. Harapan masyarakat agar kes ini tidak terjadi lagi di mana-mana universiti tempatan khususnya di UPNM.


Kredit: Instagram Aiman Aufa, Oh Media

Post a Comment

0 Comments