Shahrul Shiro antara 5 orang kuat UMNO tersenarai pemilihan calon PRK DUN Mahkota?

Shahrul Shiro antara 5 orang kuat UMNO tersenarai pemilihan calon PRK DUN Mahkota?


PENGUMUMAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diwakili Barisan Nasional (BN) Selasa lalu, memberi isyarat jelas parti itu akan mempertahankan kerusi berkenaan.


Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu juga memaklumkan parti sudah bersiap siaga menghadapi PRK dijadualkan pada 28 September depan, apatah lagi mendapat perkhabaran gembira Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalah di Mahkota.


Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan dibuat Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa Pakatan Harapan (PH) akan memberi sokongan kepada BN untuk bertanding.


Ia sekali gus menjadi petanda paling jelas kedudukan calon Kerajaan Perpaduan untuk DUN Mahkota walaupun Majlis Presiden PH belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu setakat ini.


Atas faktor ini, UMNO/BN mungkin perlu menilai kriteria calon anak tempatan, muda, berstatus boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable), maka Syed Hussein mungkin tidak boleh diketepikan.


Khabar angin paling mengejutkan setakat ini adalah spekulasi kemungkinan Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro turut memasuki senarai nama bakal dipilih sebagai calon BN bagi DUN Mahkota.




Nama bekas Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) itu mula menjadi sebutan kerana memiliki reputasi tersendiri, termasuk dikatakan aktif dalam kerja kemasyarakatan di Kluang, selain mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan atasan UMNO Johor. Namun, Shahrul Shiro tidak mempunyai jawatan di Bahagian Kluang apatah lagi tewas kepada Syed Hussein pada pertandingan Ketua UMNO Bahagian Kluang sebelum ini. Maka laluannya dilihat sukar.


Sementara itu, nama lain turut disebut-sebut adalah Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang, Zainani Jamaluddin, Datuk Jais Sarday dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat, Datuk Norshida Ibrahim.


Apa yang pasti, UMNO/BN perlu sedar cabaran sebenar PRK DUN Mahkota nanti bukan sahaja dalam soal pemilihan calon tepat, bahkan persaingan daripada BERSATU yang sudah membulatkan keputusan untuk bertanding di kerusi itu serta kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru jika ada calon Bebas bertanding nanti.


Kredit: Berita Harian



Post a Comment

0 Comments