Semalam kecoh di media sosial apabila isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mengaku minta cerai kerana sudah tidak tahan dengan perangai pelawak itu. Pulak dah!
Terbaru! Menurut laporan mStar, Shuk Sahar memberitahu yang dirinya tidak pernah bercakap atau menyebarkan cerita buruk mengenai mana-mana individu.
Orang ramai juga diminta Shuk untuk tidak membuat sebarang andaian mengenai dirinya dan menggunakan akal fikiran sebelum menilainya.
Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang orang.
Harap orang boleh guna akal dan fikiran untuk menilai.
Sebelum ini, Fara Salleh mendedahkan yang dirinya sudah hilang sabar dengan perangai Shuk kerana selalu bercerita mengenai keburukannya kepada kenalan rapat sehingga mencemarkan nama baiknya.
Kredit: Oh Media, MStar
0 Comments