Iguh Indah Hayati berusia 55 tahun dan anaknya Elia Imanuel Putra berusia 24 tahun ditemui maut dalam keadaan mayat hanya tinggal kerangka di Kampung Bandung Barat menghebohkan penduduk setempat.
Sebaik polis tiba ke lokasi kejadian iaitu rumah dua beranak ini, terdapat tulisan pesanan di dinding rumah dipercayai pesanan tersebut untuk suaminya.
Pesanan pertama yang terdapat di dinding rumah tersebut yang dipercayai ditulis Hayati menyatakan bahawa jika dia meninggal dunia, rumah itu diwakafkan untuk pembangunan masjid.
"Aku minta rumah ini diwakafkan untuk pembinaan masjid di Tanimulya. Jika suami saya tidak mahu menyerahkan rumah ini atau dia berkeras mahu mengambil rumah ini, saya mohon ketua kampung untuk tagih atau ambil rumah ini dan jadikan tapak rumah ini sebagai tapak pembangunan masjid selepas kematian saya"
Kemudian tulisan daripada si anak yang ditujukan kepada bapanya yang hanya inginkan wang belanja sekolah.
"Aku hanya minta wang sekolah tapi kau seperti itu. Kau cakap kepadaku raihlah cita-cita setinggi langit tapi kau tidak menyokong aku dengan memberi wang perbelanjaan sekolah. Maafkan aku tidak mampu menjadi anak yang sempurna kerana tidak semua manusia sempurna. Isterimu saja kau tinggalkan kerana kau mahukan isteri yang sempurna tapi ingatlah hanya Tuhan yang sempurna" tulid anaknya
Ketua Polis Cumahi, Suhartanto tidak menolak kemungkinan bahawa tulisan-tulisan di dinding itu merupakan curahan hati kedua-dua mangsa yang ditemui meninggal dunia di dalam bilik dalam keadaan mayat hanya tinggal kerangka pada hari Selasa 30/7/2024.
Difahamkan suaminya menikah lagi untuk kali ketiga, mangsa merupakan isteri kedua kepada lelaki tersebut.
Walaubagaimanapun kes tersebut masih dalam siasatan polis. Berapa lama mangsa meninggal dunia belum diketahui sehingga pihak polis keluarkan kenyataan rasmi nanti.
Kredit: Liputan 7
0 Comments