JAKARTA – Seorang suami menyimpan mayat isterinya yang telah berbau busuk selama tujuh hari di dalam sebuah bilik di rumah mereka, lapor portal berita medcom.id semalam.
Kejadian berlaku di Kota Cimahi, wilayah Jawa Barat dengan bau busuk itu mengganggu jiran-jirannya pada Selasa lalu.
Polis menemui mayat isterinya di dalam sebuah bilik dan menangkap si suami kerana disyaki membunuh wanita berkenaan.
Suspek mengaku berasa cemburu apabila mengetahui isterinya berkomunikasi dengan lelaki lain menerusi aplikasi sembang.
Dia ‘mencekik’ leher isterinya, menyebabkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.
Lelaki terbabit kemudian membungkus jasad mangsa dengan plastik serta mengunci bilik tersebut.
“Tidak melapor (kepada polis) kerana masih merasa sayang,” kata suspek di Balai Polis Cimahi. – AGENSI
Kredit: Kosmo
0 Comments