Syed Ali Dedah Rakan Artis Berubah Semenjak Ikut Tabligh – ‘Bercakap Lebih Dari Ulamak’




Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama penuh Syed Ali Tar Mohd itu berkata, rakannya itu kini bukan lagi seorang selebriti berikutan gagal menempa nama di dalam industri.


Kawan saya ini seangkatan ataupun pelakon juga dulu sama-sama. Tapi dia berlakon tak menjadi, tak ada rezeki dalam bidang seni.

 

Selepas itu, dia berubah ikut tabligh.


Aktor berusia 39 tahun tersebut kemudian mendakwa rakannya itu sering memuat naik hantaran yang mengundang kecaman di media sosial.




Sejak dia berserban, yang bukan-bukan kenyataan dia di media sosial.

Nak kata Ustaz, tak pula. Bercakap lebih dari ulamak.

Lama aku perhatikan kau, ramai orang kecam.


Dalam pada itu, Syed Ali turut meluahkan rasa kesal melihat tindakan rakannya yang didakwa mahu meraih perhatian dengan cara yang salah.


Sedih la, kau nak bina nama dengan cara macam ini.

Apa orang buat semua salah, kau sahaja yang betul. Menegur orang di media sosial dan isu-isu semasa seolah-olah kau sahaja yang betul.

 

Mesti awak semua tahu siapa mamat ni kan?


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berteka-teki siapakah individu yang dimaksudkan pelakon drama Duda Terlajak Laris tersebut.


Bagaimanapun, Syed Ali masih tidak mendedahkan identiti rakannya itu.


Sumber: Threads Syed Ali 

Post a Comment

0 Comments