Tak kisah digelar netizen janda tua, Siti Saleha sentiasa murah rezeki job sapu bersih

Tak kisah digelar netizen janda tua, Siti Saleha sentiasa murah rezeki job sapu bersih

 


Siti Saleha Mohd Baharum 34,  merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia berketurunan Inggeris. Beliau memiliki darah kacukan Inggeris daripada ibunya, Tracey Johnson atau nama Melayunya Aishah Rahman yang mengahwini bapanya, berketurunan Melayu, Mohd Baharum Abdul Rahman. 




Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik dan dibesarkan di KlangSelangorAbangnya ialah Sam Bunkface atau Sam yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface.



Pelakon popular dengan drama 7 hari Mencintaiku sentiasa mendapat pujian dan sekali gus kritikan daripada netizen. Ada yang mengatakan beliau semakin bertambah tua dan berkedut, ditambah dengan gelaran janda yang sentiasa menjadi bualan netizen. 




Namun, beliau tidak melatah dan ambil pusing hal tersebut malahan terus mendapatkan tawaran lakonan dan menjadi model daripada jenama dalam dan luar negara. 





Malahan Saleha turut menjalinkan hubungan dengan pereka fesyen Malaysia bernama Joshua Fitton yang juga merupakan darah kacukan sepertinya. 




Pelakon yang kurang kontroversi ini sentiasa mendapat sokongan daripada peminat yang menghargai bakatnya. 




Terdahulu, Siti Saleha pernah berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar selama empat tahun sebelum bercerai pada tahun 2022.


#KisahJalananDotcom



Post a Comment

0 Comments