Tak mahu anak kepanasan, bapa sanggup ubahsuai basikal guna tong sampah

Tak mahu anak kepanasan, bapa sanggup ubahsuai basikal guna tong sampah


Kasih ibu hingga ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Demikian ungkapan yang selalu digunakan untuk menunjukkan betapa kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk membahagiakan anak-anak.  Tular satu video basikal yang diubahsuai oleh seorang bapa untuk memastikan keselesaan anaknya meraih pujian netizen.


Difahamkan lelaki tua yang dipercayai juga seorang bapa itu sanggup mengayuh basikal untuk mengambil anak perempuannya di sekolah.


Apa yang menarik perhatiannya adalah basikal yang ditunggang telah diubahsuai siap dengan bumbung dan tempat bersandar untuk keselesaan anaknya.


Kata pemilik video, dia yang dalam perjalanan ke Tawau terserempak dengan dua beranak ini ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.




Auto sedih bila tengok pakcik ni dan anaknya. Hebatnya kasih seorang Ayah, semoga ada rezeki dapat jumpa di kemudian hari nanti.


Lebih sedih, basikal tersebut diubah suai hanya dengan menggunakan tong sampah dan barang terpakai sahaja.


Meninjau ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa sebak apabila melihat pengorbanan yang dilakukan oleh seorang bapa demi yang terbaik untuk anak.




Ya Allah kreatifnya ayah dia. Sanggup ubahsuai demi keselesaan insan yang dipanggil anak. Semoga bila dah besar nanti, adik ni boleh balas jasa bapanya.


Ramai yang mendoakan supaya keluarga itu dimurahkan rezeki untuk  kehidupan yang lebih selesa.


Kredit: Harez Ikaml, Ohmedia

Post a Comment

0 Comments