Memetik Kosmo, Ajak berkata hubungannya dengan sahabatnya, Shahrol Shiro kini kembali pulih selepas tiga tahun sebelum memillih untuk melupakan melupakan sengketa lama serta bermaaf-maafan.
“Untuk sahabat-sahabat saya yang mungkin sedang berada dalam situasi sama seperti saya, tiada orang lain yang boleh jernihkan keadaan kecuali diri kita sendiri.
“Percayalah sebenarnya masing-masing rindu, masing-masing sayang. Jumpa sendiri, dengar luahan masing-masing dan peluklah masing-masing, insya-Allah hilang semua sengketa,” katanya.
Menurut Ajak lagi, semuanya bermula apabila Shahrol mengajaknya berjumpa ketika dia pulang beraya di Johor dan ketika itu hubungan mereka kembali pulih.
“Bila dah berjumpa, kami terus mengimbau kenangan lama. Dalam bilik dia masih tersimpan replika cek kemenangan kami sewaktu menyertai program Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega dulu.
“Bila kami dah bersalam dan berpelukan semuanya kembali pulih. Momen itu membuatkan saya rasa sebak,” katanya.
Kredit: Kosmo, Rotikaya
0 Comments