Kuala Lumpur: Laporan polis yang mendakwa seorang pelakon wanita memukul pembantu peribadi baru-baru ini, tular di laman sosial.
Menerusi laporan itu, pelakon yang dimaksudkan ialah Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen.
Malah, menerusi laporan sama, sepupu Uqasha yang juga pelakon, Aprena Manrose didakwa turut terbabit memukul individu berkenaan.
Dalam laporan yang dibuat wanita berusia 29 tahun itu, kejadian berlaku pada 6 Ogos lalu di pejabat Senrose Cosmetic.
Menurutnya, ketika perbincangan Aprena didakwa menepuk mulutnya berkali-kali dan memukul bahagian lengan menggunakan penyangkut baju.
Manakala Uqasha pula didakwa membaling kotak, merentap tudung dan meludah kepada dirinya.
Wanita itu juga mendakwa diacu menggunakan gunting selain diugut, menurut laporan itu.
Sehubungan itu, wanita terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Selayang pada 14 Ogos lalu.
Terdahulu, Uqasha tampil menafikan dia sebagai artis wanita yang dimaksudkan ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok pada 18 Ogos lalu.
"Debik PA? Biar betul? Saya di rumah dengan anak sahaja.
"Ingat saya gangster sangat nak debik (pukul)," katanya.
Kredit: Harian Metro
0 Comments