Paris: Dua atlet Perancis di Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi sensasi di media sosial semalam atas sebab berbeza.
Leon Marchand meraih pingat emas keempatnya dalam acara renang sekali gus menyamai kehebatan legenda perenang Amerika Syarikat Michael Phelps yang melakukannya di Beijing 2008 tetapi atlet lompat bergalah Anthony Ammirati tidak bernasib baik selepas berdepan insiden memalukan yang menyebabkan dia gagal dalam perebutan pingat.
VIDEO:
Ammirati berjaya melepasi ketinggian 5.40 meter (m) dan 5.60m dengan kedua-duanya pada percubaan pertama. Namun dia gagal melepasi 5.70m selepas percubaan ketiga menyaksikan alat sulitnya terkena palang sekali gus menduduki tangga ke-12 dan tidak dapat ke final.
Insiden itu mengecewakan Ammirati tetapi mencuit hati netizen di media sosial.
Walaupun tersingkir dari saingan seterusnya dia tidak patah semangat dan memandang kejadian menimpanya dari sudut positif.
Menurutnya kepada French Athletic Federation: "Saya ok sahaja, dapat membuatkan penonton tersenyum dan ketawa. Dan siapa tahu, mungkin ini adalah permulaan kepada sesuatu yang istimewa!"
Keputusan akhir kelayakan lompat bergalah tidaklah mengejutkan kerana seperti diramal pemegang rekod dunia Mondo Duplantis dari Sweden menduduki tangga teratas selepas melepasi ketinggian 5.75m pada percubaan pertamanya.
Artikel berkaitan: Atlet lompat galah yang viral akibat alat sulitnya terkena palang 'ditawarkan berlakon filem dewasa cecah jutaan ringgit' (borakviral.life)
Kredit: Harian Metro
0 Comments