(VIDEO) Orang awam selamatkan kanak-kanak hampir lemas di Kluang




KLUANG: Seorang kanak-kanak nyaris lemas selepas dipercayai terjatuh dalam sebuah kolam di Jalan Mengkibol, dekat sini, pagi tadi.

Bagaimanapun tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebelum di hantar ke Hospital Encek Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrain Mohd Noh dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya mengesan satu video yang tular di media sosial berdurasi 0.19 saat yang memaparkan usaha menyelamat kanak-kanak berkenaan.
“Polis mengesahkan kejadian dan telah menerima satu panggilan telefon daripada satu lelaki yang bertugas di wad kecemasan di HEBHK mengenai seorang kanak-kanak warga tempatan yang hampir lemas dan telah berjaya diselamatkan oleh orang awam” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kanak-kanak yang sedang menerima rawatan berada dalam keadaan stabil.

VIDEO:


Justeru orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi hingga menimbulkan kegusaran dikalangan masyarakat.




Post a Comment

0 Comments