[VIDEO] Pokok tualang di Gua Musang ‘kebal’ disebabkan penunggu


PETALING JAYA – Tular di media sosial apabila sebatang pokok jenis tualang yang berada di laluan Gua Musang – Kuala Krai dikatakan ‘kebal’ kerana ada penunggu.


Dipercayai pokok berusia lebih 150 tahun berada berhampiran Kampung Sungai Bayu, Gua Musang itu masih kekal di tempat asalnya walaupun projek pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Utama (LTU) sedang giat dijalankan di kawasan berkenaan.


Berdasarkan perkongsian di aplikasi TikTok oleh pengguna dikenali sebagai Ammar Taha, walaupun pokok lain disekelilingnya telah di tebang, tetapi pokok tualang berkenaan masih gah berdiri.


Menurut Ammar Taha, sekitar tahun 2000 banyak kemalangan berlaku berhampiran kawasan pokok berkenaan sehingga meragut beberapa nyawa.


“Sehingga ke hari ini masih tidak mampu ditebang oleh pihak berkuasa, padahal pokok-pokok lain sudah ditebang,”tulisnya.


Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa memang terdapat banyak kemalangan berhampiran pokok ‘kebal’ berkenaan.


“Ada kisah misteri pokok tualang ini,pada tahun 2000-2003 kerap berlaku kemalangan maut bawah pokok ini sampai pokok pon orang tak jadi nak tebang takut sebab bawah pokok tu memang ‘keras’ tempatnya macam ada penunggu,”dakwa @Ayub Lubricants.


Turut berkongsi kisah kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarganya adalah seorang pengguna dikenali sebagai @moktehg.


“Pokok besar ini lah yang meragut nyawa mak mertua saya dari KL (Kuala Lumpur) ke Kelantan bas terbakar, semua tak selamat. Tinggal kenangan, sekarang bila saya balik dari KL sampai di situ mesti saya teringat,”tulisnya.

@ammartaha007 Kalau lalu jalan Kuala Krai-Gua Musang mesti akan perasan 1 pokok besar tepi jalan ni. Kenapa masih tidak ditebang ye? Apa misteri di sebalik pokok ini? #pokok #misteri #horror #fypシ゚ ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension - Sound Production Gin


Selain kejadian kemalangan dan mistik ada juga netizen mendakwa bahawa pokok berkenaan dilindungi oleh pihak berkuasa sebagai mercu tanda sempadan daerah Gua Musang dengan Kuala Krai.


“Tak ada kisah mistik,penunggu bagai, ini pokok tualang yang di jaga jabatan hutan sebagai mercu tanda sempadan Gua Musang Kuala Krai,”kata @Hj Fauzi.


Kredit: KOSMO! ONLINE.

Post a Comment

0 Comments