Wanita ditangkap khalwat bersama 6 lelaki, tengah syok raikan parti bujang! Bakal suami enggan kahwin, nak tuntut ganti rugi

Wanita ditangkap khalwat bersama 6 lelaki, tengah syok raikan parti bujang! Bakal suami enggan kahwin, nak tuntut ganti rugi


Seorang wanita dan enam lelaki mengejutkan ramai apabila ditangkap khalwat di sebuah hotel di Kuala Lumpur ketika sedang asyik berparti. Insiden ini berlaku hanya beberapa hari sebelum wanita tersebut dijadualkan berkahwin, menyebabkan tunangnya kini enggan meneruskan perkahwinan dan mahu menuntut ganti rugi.


Menurut laporan, serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa selepas menerima aduan dari orang awam yang mengesyaki aktiviti mencurigakan di hotel tersebut. Wanita dan enam lelaki itu ditangkap dalam keadaan yang mencurigakan, dipercayai sedang meraikan parti bujang.


Bakal suami rasa kecewanya dengan kejadian ini


Saya tidak sangka dia sanggup buat begini. Saya dah serahkan hati dan kepercayaan sepenuhnya kepadanya. Sekarang, saya tak mahu teruskan perkahwinan ini dan akan menuntut ganti rugi.


Kejadian ini menjadi tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ramai yang simpati dengan nasib lelaki tersebut dan ada juga yang memberi nasihat agar dia mencari pasangan yang lebih setia.


Bakal suami dah bagi amaran tapi masih berdegil


Aku beritahu perempuan tu, parti bachelorette jangan buat malam, buat siang dekat restoran sebab dia cakap nak staycation.


Aku marah tapi aku lebih berterima kasih sebab kejadian terjadi sebelum nikah.


Sementara itu, wanita tersebut masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai insiden ini. Kesemua yang terlibat kini berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.



Ramai yang berharap kejadian ini menjadi pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati dalam menjaga batas pergaulan, terutamanya menjelang hari bahagia.


Kredit: Oh media

Post a Comment

0 Comments