Warga Johor kecewa sukan kanu tidak disenaraikan dalam sukan SUKMA di Sarawak




Warga Johor meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila sukan kanu tidak disenaraikan dalam edisi SUKMA kali ini.




SUKMA (Sukan Malaysia) yang diadakan dua tahun sekali merupakan "mini Olimpik Malaysia" disertai oleh seluruh negeri di Malaysia termasuk negara Brunei. Tahun ini, SUKMA telah berlangsung 17 hingga 24 Ogos 2024 di negeri Sarawak. 


Kutipan emas semasa pada kali ini menunjukkan tuan rumah iaitu Sarawak kekal mengungguli carta kutipan pingat sebanyak 34 pinggat emas. 




Manakala kutipan pingat emas semasa negeri Johor pada SUKMA kali ini hanya sembilan dan mengundang rasa kecewa kepada warga Johor. Menurut mereka, sukan kanu merupakan penyumbang emas terbesar kontinjen Johor dua tahun lalu iaitu 23 emas. Tetapi  sukan tersebut tidak disenaraikan oleh tuan rumah SUKMA tahun ini. 




Faktor Keselamatan


Sukan Kanu dikeluarkan dari senarai sukan yang dipertandingkan adalah disebabkan faktor keselamatan. Rata-rata netizen mengatakan sungai Sarawak tidak selamat untuk digunakan dalam pertandingan kanu disebabkan kawasan perairan negeri Sarawak terkenal dengan kemunculan buaya atau lebih dikenali sebagai "bujang senang'. 


Menurut Utusan Sarawak, mengikut angka rasmi yang diberitahu di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November tahun lalu, Sarawak kini mempunyai sekitar 25,000 ekor buaya berbanding 13,500 ekor pada 2014. Pada tahun 2018, seramai 32 mangsa maut disambar buaya di Sarawak.




Ramai netizen turut menjelaskan faktor keselamatan adalah lebih diutamakan oleh tuan rumah kerana tidak mahu menanggu risiko yang tinggi dengan ancaman bujang senang. 






Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia marilah bersama-sama  tunjukkan semangat kesukanan dengan memberi sokongan kepada kontinjen negeri masing-masing untuk SUKMA 2024 yang berbaki beberapa hari sahaja lagi. 


Kredit: Empayar Darul Takzim EDT

Post a Comment

0 Comments