Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Alif Teega pada Ogos lalu.
Memetik mStar Online, Aisyah memohon orang ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan kerana ujian dilaluinya kini sangat berat.
“Doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” katanya.
Aisyah yang memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombar Timur bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai keputusan untuk bercerai.
“Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan orang ramai.
“Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan sebab sesiapa,” katanya.
SUMBER: mStar Online
0 Comments