SHAH ALAM - Pempengaruh, Alif Teega dan isterinya, Aisyah
Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.51 pagi Isnin, difahamkan
untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan kes jenayah, dipercayai
membabitkan isu salah guna dana awam, baru-baru ini.
Kes Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan Aisyah
Hijanah Azhari, 26, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi rumah tanga akan
didengar di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
Alif yang memakai kemeja biru gelap sementara Aisyah mengenakan jubah berwarna hitam, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang menanti di mahkamah sejak awal pagi.
Pada Jumaat lalu, Alif mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Sesyen Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq
iftar di Mekah, Syria dan Palestin serta korban, berjumlah RM63,605.48 pada
April serta Jun lalu.
Pada 11 Julai lalu, seorang pempengaruh dan isterinya ditahan reman tujuh hari, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah, bermula 2022 lalu.
Ia susulan, tular di media sosial mengenai seorang
pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma, dengan
peratusan yang tinggi.
Selain itu, pasangan itu juga dikatakan hidup dalam kemewahan
sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.
Bagaimanapun, pasangan itu tampil dan menafikan semua dakwaan
penyelewengan dan pecah amanah.
Kredit: Sinar
0 Comments