Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menyatakan kes undang-undang
yang ditujukan terhadap bekas kekasih gelapnya, Sarah Yasmine masih belum
berakhir.
Perjelas Kekeliruan
Menurut Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz dalam
perkongsiannya di Instagram, pelantun lagu Kalau Cinta itu menafikan dakwaan
bahawa kes tersebut telah diselesaikan dengan cara baik seperti yang didakwa
oleh Sarah.
"Kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya
adalah sama sekali tidak benar....
“Ini adalah penjelasan saya tentang fakta kesimpulan kes
mahkamah yang melibatkan pihak sana setelah mendapati ada kekeliruan ramai
tentang isu ini.
“Saya ingin nyatakan dengan jelas disini, memang kes ini
telah selesai tetapi ia selesai dengan mahkamah telah memutuskan ‘Final Court
Order' terhadap pihak sana.
“Jadi kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya
adalah sama sekali tidak benar.
“Dengan itu perintah mahkamah tersebut adalah muktamad dan ia
telah terlaksana serta merta. Dan saya yakin pihak sana tahu dan faham akan
perintah-perintah yang tertakluk di dalam ‘Final Court Order’ itu,” tulisnya.
Mengulas lanjut, penyanyi berusia 33 tahun itu berharap
kenyataan yang dikeluarkan dapat menjernihkan keadaan serta mengelakkan salah
faham kepada pihak-pihak yang berkait.
“Dengan penjelasan ini, saya harap tiada lagi kekeliruan dan
saya juga harap tiada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab
memanipulasikan fakta kesimpulan kes ini,” tulisnya.
Untuk info, Sarah sebelum ini menerima notis daripada
mahkamah untuk tidak mengeluarkan sebarang pendedahan di media sosial.
Ini termasuklah dia tidak dibenarkan memberi komen mengenai
temu bual aktor berkenaan yang dimuat naik di saluran YouTube The Common Folks
pada Mei lalu.
Kredit: Astro Gempak
0 Comments