“Apa yang berlaku pada Syamsul, Ira Kazar bukan kemenangan saya”

“Apa yang berlaku pada Syamsul, Ira Kazar bukan kemenangan saya”


Pelakon Puteri Sarah menganggap apa yang berlaku dalam hidupnya, bekas suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar adalah takdir yang tertulis.

 

Memetik Kosmo, Puteri Sarah juga berkata dia pernah menganggap apa yang berlaku adalah kemenangan buar dirinya kerana dia tidak ada kena mengena dalam hal tersebut.

 

“Saya tidak anggap apa yang berlaku dalam perkahwinan Syamsul dan bekas isterinya adalah satu kemenangan untuk saya.”

 

“Ini semua adalah takdir. Saya tidak pernah anggap ini satu kemenangan. Itu hanyalah tanggapan netizen. Saya sudah tidak ada kena mengena lagi dalam cerita ini. Saya dah lama ‘move on’.

 


“Jadi saya kalau boleh tidak mahu komen sangat tentang perkara yang melibatkan mereka yang sudah tiada mengena dengan saya lagi,” katanya.

 

Sementara itu, Puteri Sarah berkata dia turut meminta agar tidak dikaitkan lagi dengan bekas suaminya. Katanya lagi, dia juga tidak faham mengapa dia yang sering dicari jika ada isu melibatkan bekas suaminya dan Ira.

 

“Saya tak faham kenapa saya selalu dicari setiap kali ada isu tentang mereka. Berbadan dua cari saya, bercerai cari saya. Kasihan saya.

 


“Mereka punya masalah saya kena temu bual, Datuk Yusuf Haslam kena temu bual , Datin Patimah pun kena temu bual. Kalau boleh saya nak ‘enjoy’ sahaja,” katanya.


Kredit: Kosmo





Post a Comment

0 Comments