Menurut keterangan pendudukan setempat, mereka terhidu satu bau busuk dari arah bilik sewa mangsa. Mereka cuba mengetuk pintu dan memanggil berkali-kali namun tidak ada yang menjawab kecuali terdengar suara kanak-kanak menangis.
Mereka segera memanggil tuan rumah untuk buka pintu bilik tersebut dan setelah dibuka mereka(saksi) dapati ada satu mayat wanita yang terlentang dalam keadaan telah membusuk dan disampingnya ada seorang bayi yang berusia 7 bulan.
VIDEO:
Pihak polis segera tiba ke lokasi kejadian susulan laporan yang dibuat penduduk setempat. Mayat mangsa telah dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Menurut keterangan polis, mangsa telah meninggal dunia selama 4 hari dan bayi yang ditemui iaitu anak mangsa dilaporkan selamat. Suami mangsa tidak ada di bilik sewa kerana bekerja.
Kredit: Liputan 7
0 Comments