“Buat apa lagi nak masuk kalau orang kata saya ini macam peminta sedekah?" Man Raja Lawak tak Akan terima pelawaan Sepahtu Reunion lagi


Pelawak Man Raja Lawak berkata dia sudah tawar hati untuk menyertai Sepahtu Reunion Live selepas permohonannya untuk menjadi pelakon tetap program berkenaan ditolak.

 

Memetik mStar Online, Man berkata dia tidak akan menerima jika dipanggil sebagai pelawak undangan untuk ke program berkenaan selepas ini.

 

“Buat apa lagi nak masuk kalau orang kata saya ini macam peminta sedekah? Betul pada awalnya tapi kalau saya sahaja yang beria dan pihak sana macam tak berminat, tak boleh juga.

 

“Apabila tidak ada orang lain boleh naikkan rating, baru nak panggil saya. Baru nak mengharap dan terhegeh-hegeh,” katanya.

 

Bagaimanapun, Man berkata dia tidak berdendam dengan sesiapa sebaliknya menganggap ia bukan rezekinya. Malah, dia terbuka bekerjasama dengan Sepahtu sekiranya ada peluang lain selepas ini.

 

SUMBER: mStar Online




Post a Comment

0 Comments